”PENDIDIKAN PULAU PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA”

Monday, March 7, 2011

Data D0

Sila pastikan data D0 sekolah anda dihantar melalui link upload sebelum 20 April 2011. Sila semak dan pastikan Data D0 Sekolah anda telah dihantar melalui link semak yang disediakan di sebelah.
Senarai Penempatan Murid ke Tahun 1 akan berasaskan data D0 yang telah dihantar.
Sila ambil tindakan perlu.
Terima Kasih.

Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2012 dan 2013

1. Mulai 01 Mac 2011 - 31 Mac 2011 Pendaftaran Terbuka terus di Sekolah-Sekolah.
2. Bagi Kanak-Kanak yang lahir pada 2/1/2005 hingga 1/1/2006 untuk sesi persekolahan tahun 2012.
3. Bagi yang lahir pada 2/1/2006 hingga 15/1/2006 boleh memohon belajar awal dengan syarat mengisi Borang Permohonan Belajar Awal.
4. Pendaftaran juga terbuka untuk kanak-kanak yang lahir pada 2/1/2006 hingga 1/1/2007 untuk sesi persekolah tahun 2013.
5. Sila rujuk perincian dalam pekeliling JPNPP (REN) 800-2(5)bertarikh 07 Februari 2011 yang telah diedarkan ke semua sekolah.
6. Waktu Pendaftaran = Waktu Pejabat.
7. Warganegara Malaysia sahaja. Sila semak taraf Kewarganegaraan Kanak-Kanak sebelum mendaftar dan failkan satu salinan Sijil Lahir.
8. Bagi Bukan Warganegara, sila urus dengan Unit Perhubungan dan Pendaftaran, JPN Pulau Pinang.
9. Sekolah-Sekolah diingatkan supaya mengisi maklumat pendaftaran dalam Aplikasi SMM D0 versi 4.5 dikemaskini. Laporan Rumusan Pendaftaran ke Tahun 1 serta data D0 dihantar ke PPD pada awal 20 April 2011.
10. Data D0 hendaklah di upload melalui link yang terdapat di sebelah kanan laman ini.