”PENDIDIKAN PULAU PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA”

Monday, March 7, 2011

Data D0

Sila pastikan data D0 sekolah anda dihantar melalui link upload sebelum 20 April 2011. Sila semak dan pastikan Data D0 Sekolah anda telah dihantar melalui link semak yang disediakan di sebelah.
Senarai Penempatan Murid ke Tahun 1 akan berasaskan data D0 yang telah dihantar.
Sila ambil tindakan perlu.
Terima Kasih.

Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2012 dan 2013

1. Mulai 01 Mac 2011 - 31 Mac 2011 Pendaftaran Terbuka terus di Sekolah-Sekolah.
2. Bagi Kanak-Kanak yang lahir pada 2/1/2005 hingga 1/1/2006 untuk sesi persekolahan tahun 2012.
3. Bagi yang lahir pada 2/1/2006 hingga 15/1/2006 boleh memohon belajar awal dengan syarat mengisi Borang Permohonan Belajar Awal.
4. Pendaftaran juga terbuka untuk kanak-kanak yang lahir pada 2/1/2006 hingga 1/1/2007 untuk sesi persekolah tahun 2013.
5. Sila rujuk perincian dalam pekeliling JPNPP (REN) 800-2(5)bertarikh 07 Februari 2011 yang telah diedarkan ke semua sekolah.
6. Waktu Pendaftaran = Waktu Pejabat.
7. Warganegara Malaysia sahaja. Sila semak taraf Kewarganegaraan Kanak-Kanak sebelum mendaftar dan failkan satu salinan Sijil Lahir.
8. Bagi Bukan Warganegara, sila urus dengan Unit Perhubungan dan Pendaftaran, JPN Pulau Pinang.
9. Sekolah-Sekolah diingatkan supaya mengisi maklumat pendaftaran dalam Aplikasi SMM D0 versi 4.5 dikemaskini. Laporan Rumusan Pendaftaran ke Tahun 1 serta data D0 dihantar ke PPD pada awal 20 April 2011.
10. Data D0 hendaklah di upload melalui link yang terdapat di sebelah kanan laman ini.

Monday, December 27, 2010

Data Hari Pertama Sesi 2011

Sila upload segera Enrolmen Murid, Bilangan Kelas dan Kedudukan Guru hari pertama persekolahan Sesi 2011 selewat-lewatnya pada jam 8.30 pagi 4 Januari 2011. Terima kasih.

Tuesday, August 31, 2010

Permohonan ke SBP

Permohonan atas talian telah dibuka mulai 1 September hingga 15 Oktober 2010
Permohonan ke Tingkatan 1 : Sila layari http://apps.emoe.gov.my/sst1online2008/2010/
Permohonan ke Tingkatan 4 : Sila layari http://apps.emoe.gov.my/sst4online2007/2010/

Tuesday, August 10, 2010

Taklimat Penempatan Murid Tahun 6 ke Tingkatan 1

Sila layari http://d6t1.blogspot.com/ untuk maklumat berkaitan

Thursday, June 17, 2010

Pengesahan Penempatan Tahun 1 Sesi 2011

Tarikh : 2 - 30 OGOS 2010
Masa : 8.00 pg - 1.00 tgh & 2.00 ptg - 4.30 ptg
Hari : Hari bekerja

* Peringatan: Semua Sekolah Rendah dikehendaki menyediakan Jadual Bertugas, memberi taklimat kepada semua staf yang terlibat dan bersedia menerima pengesahan penempatan dari waris.

Taklimat Penempatan Murid Tahun 1 Sesi 2011

Tarikh : 29 JUN 2010
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Balik Pulau.

Semua PK(HEM)Sekolah Rendah dikehendaki hadir.