”PENDIDIKAN PULAU PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA”

Monday, March 7, 2011

Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2012 dan 2013

1. Mulai 01 Mac 2011 - 31 Mac 2011 Pendaftaran Terbuka terus di Sekolah-Sekolah.
2. Bagi Kanak-Kanak yang lahir pada 2/1/2005 hingga 1/1/2006 untuk sesi persekolahan tahun 2012.
3. Bagi yang lahir pada 2/1/2006 hingga 15/1/2006 boleh memohon belajar awal dengan syarat mengisi Borang Permohonan Belajar Awal.
4. Pendaftaran juga terbuka untuk kanak-kanak yang lahir pada 2/1/2006 hingga 1/1/2007 untuk sesi persekolah tahun 2013.
5. Sila rujuk perincian dalam pekeliling JPNPP (REN) 800-2(5)bertarikh 07 Februari 2011 yang telah diedarkan ke semua sekolah.
6. Waktu Pendaftaran = Waktu Pejabat.
7. Warganegara Malaysia sahaja. Sila semak taraf Kewarganegaraan Kanak-Kanak sebelum mendaftar dan failkan satu salinan Sijil Lahir.
8. Bagi Bukan Warganegara, sila urus dengan Unit Perhubungan dan Pendaftaran, JPN Pulau Pinang.
9. Sekolah-Sekolah diingatkan supaya mengisi maklumat pendaftaran dalam Aplikasi SMM D0 versi 4.5 dikemaskini. Laporan Rumusan Pendaftaran ke Tahun 1 serta data D0 dihantar ke PPD pada awal 20 April 2011.
10. Data D0 hendaklah di upload melalui link yang terdapat di sebelah kanan laman ini.

No comments: