”PENDIDIKAN PULAU PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA”

Wednesday, February 3, 2010

Pendaftaran Murid ke Tahun 1 Sesi 2011 dan 2012

1. Mulai 01 Mac 2010 - 31 Mac 2010 Pendaftaran Terbuka terus di Sekolah-Sekolah.
2. Bagi Kanak-Kanak yang lahir pada 2/1/2004 hingga 1/1/2005 untuk sesi persekolahan tahun 2011.
3. Bagi yang lahir pada 2/1/2005 hingga 15/1/2005 boleh memohon belajar awal dengan syarat mengisi Borang Permohonan Belajar Awal.
4. Pendaftaran juga terbuka untuk kanak-kanak yang lahir pada 2/1/2005 hingga 1/1/2006 untuk sesi persekolah tahun 2012.
5. Sila rujuk perincian dalam pekeliling JPNPP (REN) 800-2(1)bertarikh 02 Februari 2010 yang telah diedarkan ke semua sekolah.
6. Waktu Pendaftaran = Waktu Pejabat.
7. Warganegara Malaysia sahaja. Sila semak taraf Kewarganegaraan Kanak-Kanak sebelum mendaftar dan failkan satu salinan Sijil Lahir.
8. Bagi Bukan Warganegara, sila urus dengan Unit Perhubungan dan Pendaftaran, JPN Pulau Pinang.
9. Sekolah-Sekolah diingatkan supaya mengisi maklumat pendaftaran dalam Aplikasi SMM D0 versi 4.01 dikemaskini. Laporan Rumusan Pendaftaran ke Tahun 1 serta data D0 dihantar ke PPD pada awal bulan Mei 2010.
10. Data D0 hendaklah di upload melalui link yang terdapat di sebelah kanan laman ini.

3 comments:

Mulow Zuzer said...

nak tanya la...kalo anak saya lahir tahun 24/04/2006 dah leh daftar kan jugak ke?? maafla sekadar bertanya sbb keliru...apa2 leh pm sy kat rimulow54@gmail.com

han ghee said...

Saya dapat tahu dekat Sri Petaling ada sebuah sekolah rendah Cina dan akan beroperasi pada tahun 2012. Jika saya hendak daftarkan cucu saya di sekolah tersebut, macam mana saya hendak buat pendaftaran? Sila beri jawapan yang segera. Sekian terima kasih. Emel saya adalah : khg3184@gmail.com

salem said...

saya ada anak sekolah di tadika cina. Saya nak bertanya macam mana saya nak sambungkan sekolanya sebab anak saya tak mempunayi sijil lahir. Tolong bagi batuan apa yang perlu saya
buat. Sila hantar di. Panjang68racing@yahoo.com