”PENDIDIKAN PULAU PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA”

Monday, December 28, 2009

Data Hari Pertama Sesi 2010

1. Sila hantar segera maklumat Enrolmen Murid dan Kedudukan Guru pada 4 Januari 2010 melalui blog ini.
2. Sila gunakan format biasa Enrolmen Murid dan Kelayakan & Kedudukan Guru yang boleh dimuat-turun dari link download.
3. Sila pastikan data sekolah anda telah di "upload" selewat-lewatnya pada jam 8.30 pagi 5 Januari 2010.
4. Amalan penghantaran data setiap awal bulan ( sebelum 3 haribulan) hendaklah diteruskan.
Sekian. Kerjasama tuan/puan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Tuesday, August 18, 2009

Analisis UPTP/MGB

1. Sila muat turun format laporan Analisis UPTP/MGB dari link di sebelah.
2. Selepas selesai maklumat analisis dimasukkan, sila upload fail Analisis UPTP/MGB ini melalui link yang disediakan.
3. Selepas upload, sila semak senarai sekolah hantar pada link berkaitan dan maklumbalas penghantaran melalui email anda.
Terima kasih.

Thursday, August 13, 2009

Pertukaran Guru Untuk Sesi 2010

Permohonan Pertukaran Guru Secara OnLine (eGTukar) akan dibuka mulai 1 September 2009 hingga 30 September 2009 melalui alamat http://apps.emoe.gov.my/epgo/

Semua Guru-Guru Pulau Pinang boleh memohon salah satu dari berikut:-

1. Pertukaran Antara Negeri
2. Pertukaran Antara Daerah
3. Pertukaran Dalam Daerah

CD panduan telah diedarkan pada 13 Ogos 2009 semasa Taklimat kepada semua Guru Besar di SK Macang Bubuk 2.

Sunday, June 21, 2009

Mesyuarat PK HEM

Mesyuarat Penempatan Murid ke Tahun 1 2010
Tarikh: 30 JUN 2009 (Selasa)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat PPD Barat Daya
d/a SK Balik Pulau
11000 Balik Pulau

Semua PK HEM Sekolah Rendah
SK/SJKC/SJKT diminta hadir.

T.Kasih.

Monday, June 8, 2009

Pengesahan ke Tahun 1, 2010

Perhatian kepada semua Guru Besar Sekolah Rendah
1. Senarai Pendaftaran Murid ke Tahun 1 bagi sesi Tahun 2010 yang dikemukakan sedang disemak.
2. Senarai Penempatan sedang disediakan dan akan dihantar ke sekolah pada awal bulan Julai ini.
3. Untuk mengelakkan keciciran nama murid, semua Permohonan Pertukaran Pendaftaran Dalam Daerah ditangguhkan dan waris boleh buat permohonan tersebut semasa proses rayuan penempatan semula pada 1 hingga 31 Ogos ini.
4. Jika ada permohonan pendaftaran lewat, sila minta waris berurusan terus dengan Pejabat PPD.
5. Sekiranya ada permohonan pertukaran pendaftaran Antara Daerah, sila bantu waris supaya membuat pendaftaran lewat ke daerah berkenaan dengan segera.

Tuesday, May 19, 2009

Analisis UPTP

1. Sila muat turun format laporan Analisis UPTP dari link di sebelah.
2. Selepas selesai maklumat analisis dimasukkan, sila upload fail Analisis UPTP ini melalui link yang disediakan.
3. Selepas upload, sila semak senarai sekolah hantar pada link berkaitan dan maklumbalas penghantaran melalui email anda.
Terima kasih.

Data D0

Sila semak dan pastikan Data D0 Sekolah anda telah dihantar melalui link yang disedikan di sebelah.
Senarai Penempatan Murid ke Tahun 1 2010 akan berasaskan data D0 yang telah dihantar.
Sila ambil tindakan segera.